Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu
  • UMUM

JHL tembak mati empat buaya di Lahad Datu

Utusan Sarawak 6 months ago

Gambar hiasan

LAHAD DATU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih 3 meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku di sini bermula Isnin lepas. 

Pegawainya Hairulnizam Hasnan @ Magiol berkata JHL menerima aduan daripada pihak ladang berhubung kehadiran buaya tersebut dan khuatir akan keselamatan pekerja mereka.

“Operasi tiga hari ini dijalankan bagi memastikan keselamatan pekerja ladang dan kaedah pancing buaya digunakan untuk menangkap haiwan itu.

“Kami (JHL) memasang pancing buaya di sekitar sungai serta pantai dan kemudian menunggu panggilan pihak ladang sekiranya terdapat buaya memakan umpan pancing tersebut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata susulan operasi itu empat buaya berjaya ditangkap sebelum ditembak mati dan bangkainya ditanam.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Pengguna jalan raya diminta lebih berhati-hati
Next: Bekas Timbalan Menteri, Dr Ibrahim Saad meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.