Jet pejuang Jepun terkandas, landasan kapal terbang ditutup di Okinawa

Facebook
WhatsApp
TANGKAPAN skrin daripada video yang dimuat naik ke media sosial

NAHA, Jepun: Sebuah landasan ditutup di Lapangan Terbang Naha di wilayah selatan pulau Okinawa pada Selasa selepas jet pejuang Pasukan Pertahanan Diri Jepun tidak dapat bergerak sebaik mendarat, menurut kementerian pengangkutan.

Kyodo News melaporkan satu daripada dua landasan lapangan terbang ditutup dari sekitar 12.55 tengah hari, memetik pejabat lapangan terbang Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan.

Pesawat penumpang menggunakan landasan lain, kata pejabat itu. Landasan yang terjejas telah beroperasi sejak Mac 2020. – Bernama

Buruh ditahan miliki syabu di Selangau

SELANGAU, 20 Oktober: Polis menahan seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun serta merampas dadah disyaki jenis syabu, semalam. Ketua Polis