Jersi final Piala Dunia Pele dijual AS$4.9 juta

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
JERSI yang dipakai legenda bola sepak Brazil, Pele, ketika perlawanan akhir Piala Dunia 1958 menentang tuan rumah, Sweden, dipamerkan sebelum dilelong di New York, Amerika Syarikat. Foto AFP

NEW YORK, Amerika Syarikat: Jersi yang dipakai legenda bola sepak Brazil, Pele, ketika final Piala Dunia pertama dimenangi negaranya pada 1958 dijual pada harga AS$4.9 juta (kira-kira RM20.8 juta) dalam satu lelongan di Amerika Syarikat, hari ini.

Pele, yang digelar ‘The King’, baharu berusia 17 tahun ketika meledak dua gol untuk membantu Brazil menewaskan tuan rumah, Sweden, 5-2 dalam perlawanan akhir Piala Dunia 1958.

Jersi berwarna biru itu kini menjadi jersi bola sepak kedua termahal pernah dijual menerusi lelongan selepas seorang pembida tanpa nama mengatasi empat pembida lain pada lelongan yang diadakan di New York.

Rekod jersi paling mahal masih dipegang oleh jersi milik legenda Argentina, Diego Maradona, yang dipakai ketika aksi suku akhir Piala Dunia 1986 di Mexico menentang England dan dijual pada harga AS$9.3 juta.

Dalam perlawanan itu, Argentina menewaskan England 2-1 hasil dua jaringan Maradona, termasuk gol kontroversi yang dikenali sebagai ‘Hand of God, apabila beliau menumbuk bola ke dalam gawang menggunakan tangan sebelum jaringan itu disahkan pengadil. — AFP

Tubuh sihat, akal cerdas

ISLAM merupakan agama yang amat menitikberatkan keseimbangan antara perkembangan rohani, jasmani dan akal. Tubuh badan yang sihat bukan sahaja membantu