Jerman kaji anjur konsert libatkan 4,000 sukarelawan

Facebook
WhatsApp
KIRA-KIRA 4,000 sukarelawan berusia antara 18 hingga 50 tahun menyertai kajian yang dijalankan pada Sabtu yang dikendalikan oleh Universiti Halle.• Foto AFP

JERMAN: Tiga penganjuran konsert pop dipentaskan dalam masa satu hari di Leipzig, Jerman bagi membolehkan para saintis mengkaji risiko perhimpunan orang ramai di dalam se- buah ruang yang besar ketika penularan Covid-19 kini.

Kira-kira 4,000 sukarela- wan berusia antara 18 hingga 50 tahun menyertai kajian yang dijalankan pada Sabtu yang dikendalikan oleh Universiti Halle.
Penganjuran ketiga-tiga konsert tersebut mendapat persetujuan daripada pe- nyanyi Tim Bendzko.

Kajian tersebut dijalankan ketika negara itu mencatatkan rekod kes baharu positif Covid-10 tertinggi sejak akhir April lalu.

Lebih 2,000 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif di negara itu kini adalah 232,082 kes.

Memetik laporan BBC, ka- jian yang digelar, Restart-19 itu dijalankan dalam tiga se- nario berbeza dan melibat- kan 4,000 penonton di Arena Quaterback Immobilien di Leipzig pada Sabtu.

Senario pertama adalah untuk mensimulasikan peristiwa sebelum penularan wa- bak; yang kedua dengan ke- bersihan yang lebih baik dan beberapa penjarakan fizikal; dan yang ketiga dengan se- paruh jumlah pengunjung di- kurangkan dan setiap orang berada sejauh 1.5 meter.

Kesemua sukarelawan di- kehendaki melakukan ujian saringan Covid-19 terlebih dahulu dan diberikan pelitup muka serta alat penjarakan fizikal. – AFP