Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jerebu semakin membimbangkan, aktiviti luar pelajar disaran dihentikan
  • SEMASA

Jerebu semakin membimbangkan, aktiviti luar pelajar disaran dihentikan

Utusan Sarawak 16 hours ago
Dato Sri Fatimah Abdullah bercakap ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Tajaan Pendidikan PETRONAS Powering Knowledge (Sarawak), di Hotel Sheraton, hari ini.

KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah menasihatkan agar semua aktiviti luar pelajar sekolah dihentikan susulan keadaan jerebu yang semakin membimbangkan, khususnya di Mukah.

Beliau berkata, keadaan udara yang tercemar bukan sahaja menjejaskan kesihatan umum tetapi turut memberi risiko tinggi kepada kanak-kanak yang menghidap asma.

“Kalau boleh, aktiviti luar ditukarkan ke dalam bangunan.

“Bau asap sangat kuat dan udara tidak selamat, terutama sekali bagi anak-anak kita yang asma,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Tajaan Pendidikan PETRONAS Powering Knowledge (Sarawak), di Hotel Sheraton, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan pemakaian semula pelitup muka sebagai langkah pencegahan, khususnya bagi golongan yang lebih terdedah kepada masalah pernafasan.

“Mukah kini berada dalam zon merah dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi.

“Perkara ini dipercayai berpunca daripada kebakaran di kawasan gambut berhampiran UiTM Mukah yang sukar dipadamkan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan lebih berwaspada semasa cuaca panas bagi mengelakkan situasi jerebu bertambah buruk.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Gempa bumi 6.3 skala Richter landa laut Aceh
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan Persatuan Pelajar Sarawak dari UK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.