Gempa bumi 6.3 skala Richter landa laut Aceh

Facebook
WhatsApp

JAKARTA: bumi berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan perairan barat wilayah Aceh, Indonesia awal pagi Selasa, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, lapor Xinhua.

Gegaran berlaku pada 1.41 pagi waktu Jakarta (1841 GMT Isnin), dengan pusat gempa terletak 247 kilometer barat laut bandar Sabang, Aceh pada kedalaman 15 kilometer dari dasar laut.

Kekuatan gegaran diukur pada skala II hingga III MMI (Modified Mercalli Intensity) di wilayah Banda Aceh dan Kabupaten Aceh Besar.– Bernama-Xinhua

Rumah usang runtuh di Kampung Muhibbah

MIRI: Bahagian hadapan sebuah rumah di Kampung Muhibbah, di sini, runtuh pagi tadi dipercayai akibat keadaan struktur rumah yang sudah