Jerebu: IPU Samarahan, Serian kekal tertinggi

Facebook
WhatsApp
JEREBU… Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Serian dan Samarahan masing-masing merekodkan 178 dan 177 setakat jam 4.00 petang ini, sedikit menurun berbanding bacaan tengah hari tadi. Sumber Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB).

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Serian kini mencatat bacaan tertinggi di Sarawak iaitu 178, diikuti Samarahan (177) setakat 4.00 petang ini.

Berdasarkan data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), bacaan IPU di Serian turun satu mata daripada 179 pada 12.00 tengah hari kepada 178, manakala Samarahan turun tiga mata daripada 180 kepada 177.

Tebedu turut merekodkan penurunan tiga mata daripada 174 kepada 171, manakala Kuching turun dua mata daripada 176 kepada 174.

Selain itu, Sri Aman mencatat sedikit peningkatan daripada 161 kepada 162, manakala Sarikei turun daripada 158 kepada 157, Sibu daripada 152 kepada 151, Mukah daripada 153 kepada 152 dan Lundu daripada 111 kepada 109.

Secara keseluruhan, sembilan kawasan masih merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat iaitu Serian (178), Samarahan (177), Kuching (174), Tebedu (171), Sri Aman (162), Sarikei (157), Mukah (152), Sibu (151) dan Lundu (109).

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat dan boleh memburukkan keadaan kesihatan golongan berisiko tinggi, khususnya mereka yang mempunyai komplikasi jantung dan paru-paru.

Sementara itu, sembilan kawasan lain merekodkan bacaan pada tahap sederhana iaitu Bintulu (97), Lubok Antu (90), Samalaju (88), Miri (85), ILP Miri (70), Kapit (66), Lawas (64), Limbang (61) dan Bario (54).

Tiada kawasan merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya setakat 4.00 petang ini.

Bacaan IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar yang paling dominan.

Orang ramai, khususnya golongan berisiko tinggi, dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah sewajarnya susulan keadaan kualiti udara yang tidak sihat di beberapa kawasan.

Oleh Shikin Mahmud

Sarawak intai pasaran bio-produk AS$4.3 trilion

KOTA SAMARAHAN: Sarawak menyasarkan untuk merebut sebahagian daripada pasaran bio-produk global yang dianggarkan bernilai AS$4.3 trilion, dengan Taman Bioindustri Sarawak