Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jepun berdepan kenaikan harga lebih 1,000 produk makanan pada Jun
  • GLOBAL

Jepun berdepan kenaikan harga lebih 1,000 produk makanan pada Jun

Utusan Sarawak 8 hours ago
JEPUN berdepan kenaikan harga lebih 1,000 produk makanan pada Jun. Foto hiasan.

TOKYO: Kenaikan harga makanan dan minuman di Jepun bagi Jun akan melibatkan sebanyak 1,078 produk, meningkat daripada 84 produk pada Mei, susulan langkah memindahkan kos lebih tinggi akibat krisis Asia Barat kepada pengguna, menurut institut penyelidikan pada Jumaat.

Teikoku Databank Ltd. kini menjangkakan jumlah produk terbabit akan melebihi 10,000 bagi keseluruhan tahun ini.

“Kami menjangkakan gelombang kenaikan harga secara meluas akan terus berlaku mulai musim panas dan seterusnya,” kata seorang pegawai institut itu.

Sehingga akhir Mei, sebanyak 22.7 peratus daripada item terbabit dipengaruhi oleh perang Iran yang bermula susulan serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel pada Februari, yang menyebabkan kekurangan bekalan nafta, menurut laporan institut berkenaan.

Bahan mentah berasaskan minyak itu digunakan untuk menghasilkan bahan kimia bagi pembuatan pelbagai produk, termasuk pembungkusan plastik untuk makanan.

Mengikut kategori, bahan perasa termasuk rempah-ratus mencatatkan jumlah tertinggi dengan 450 produk, diikuti 304 makanan diproses seperti mi segera, bagi Jun.

Jumlah tahunan termasuk item yang mengalami kenaikan harga sehingga Oktober kini sudah mencecah 9,361 produk. Jika angka itu melepasi 10,000 tahun ini, ia akan menjadi tahun kelima berturut-turut sejak 2022, apabila institut itu mula merekodkan data berkenaan. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Remaja California juara pertandingan ejaan AS
Next: Enam maut jambatan runtuh di Uttar Pradesh India

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.