
KUCHING: Sebuah jentera berat jenis jengkaut mengalami kebakaran kecil di bahagian enjin dalam kejadian di Lorong Stephen Yong Park, petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.41 petang.

“Kebakaran melibatkan sebuah jengkaut jenis piling yang terbakar di bahagian enjin dengan anggaran kemusnahan sekitar 10 peratus,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, tindakan pantas pasukan Keluaran Operasi (PKO) berjaya mengawal dan memadam kebakaran menggunakan satu unit alat pemadam api serta satu aliran hos gegelung.
“Operasi pemadaman selesai sepenuhnya pada jam 7.15 malam dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” tambahnya.
Oleh Adele Rissa