Jenazah tiga anggota polis dibawa ke Kota Kinabalu untuk bedah siasat

Facebook
WhatsApp
JENAZAH tiga anggota polis yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam kejadian di Beaufort, semalam dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth di sini, awal pagi tadi dari Hospital Beaufort untuk menjalani bedah siasat. Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Jenazah tiga anggota polis yang maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam kejadian di Beaufort, semalam dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth di sini, awal pagi ini dari Hospital Beaufort untuk menjalani bedah siasat.

Tinjauan Bernama di pekarangan hospital itu mendapati ketibaan ketiga-tiga van yang membawa jenazah tersebut pada 1.10 pagi diiringi beberapa kenderaan peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, Papar, Penampang dan Kota Kinabalu.

SELEPAS semua urusan selesai, jenazah akan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing dengan diiringi pegawai polis dari IPD Beaufort. Foto BERNAMA

Ketua Polis Daerah Beaufort Supt Champin Piuh ketika dihubungi berkata jenazah akan menjalani proses bedah siasat serta urusan dokumentasi sebelum diserahkan kepada waris.

“Selepas semua urusan selesai, jenazah akan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing dengan diiringi pegawai polis dari IPD Beaufort,” katanya.

TINJAUAN Bernama di pekarangan hospital itu mendapati ketibaan ketiga-tiga van yang membawa jenazah tersebut pada 1.10 pagi diiringi beberapa kenderaan peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, Papar, Penampang dan Kota Kinabalu. Foto BERNAMA

Ketiga-tiga mangsa yang bertugas di Balai Polis Weston ialah Koperal Chiu Teck Siong, 40, berasal dari Sarawak, Lans Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29, berasal dari Kelantan, dan Lans Koperal Muhammad Raimi Ismarubee, 26, berasal dari Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira 5.50 petang semalam, ketiga-tiga anggota berkenaan disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengalihkan galah besi sepanjang 29 kaki yang digunakan untuk mengait kelapa di luar Balai Polis Weston berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Weston. – Bernama

Lubok Antu tertinggi, IPU 182 pagi ini

KUCHING: Lubok Antu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan 182, sekali gus berada dalam kategori tidak