Jenazah Joey Ling tiba di Sibu, suasana pilu selubungi Lapangan Terbang Sibu

Facebook
WhatsApp
DUKACITA….Ahli (tengah) menyampaikan sumbangan belasungkawa kepada bapa Joey Ling di MASkargo susulan ketibaan jasad mendiang di Sibu, hari ini.

SIBU: Susana pilu menyelubungi Lapangan Terbang Sibu petang tadi, dengan kehadiran ahli keluarga menyambut ketibaan jenazah mangsa lemas, Joey Ling, 21.

Pesawat AirAsia AK5878 yang membawa pulang jenazah mendarat sekitar jam 6.00 petang.

Jenazah kemudiannya dibawa ke MASkargo sebelum dihantar ke Rumah Mayat Bukit Lima bagi urusan penghormatan terakhir dan pengebumian.

KERANDA…..Keranda Joey dimasukkan dengan penuh tertib ke dalam van mayat di MASkargo Sibu, hari ini sambil disaksikan ahli keluarga dan insan tersayang sebelum dibawa ke Rumah Mayat Bukit Lima untuk urusan penghormatan terakhir dan pengebumian.

“Bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah Sibu dan Jabatan Pendidikan Sarawak, saya merakamkan setinggi-tinggi takziah kepada keluarga mendiang dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan,” katanya kepada pemberita.

Joey, 21, bekas pelajar SMK Tung Hua Sibu, merupakan salah seorang daripada dua pelajar Sarawak dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Perlis yang terkorban dalam insiden tragis semasa aktiviti berkayak di Pantai Merdeka berhampiran Sungai Petani, Kedah, Sabtu lalu.

KERANDA…..Keranda Joey dimasukkan dengan penuh tertib ke dalam van mayat di MASkargo Sibu, hari ini sambil disaksikan ahli keluarga dan insan tersayang sebelum dibawa ke Rumah Mayat Bukit Lima untuk urusan penghormatan terakhir dan pengebumian.

Seorang lagi mangsa, Christopher Ling, 21, bekas pelajar SMK Sungai Tapang Kuching, turut menemui nasib sama, meninggalkan keluarga serta seluruh masyarakat Sarawak dalam kesedihan mendalam.

Turut kelihatan di MASkargo ialah Pegawai Pendidikan Daerah Sibu, Ahli Chikba yang menzahirkan ucapan takziah serta menyampaikan sumbangan kepada ibu bapa mendiang.

Oleh Akun Giman