Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jemaah haji tunai Ifdah di Masjidil haram
  • GLOBAL

Jemaah haji tunai Ifdah di Masjidil haram

Utusan Sarawak 5 hours ago
JEMAAH haji dari seluruh pelusuk dunia menuju ke Jamarat bagi melaksanakan rukun haji melontar Jamrah hari ini. Foto BERNAMA

MINA: Jemaah haji menunaikan Tawaf Ifadah di Masjidil Haram pada Rabu selepas selesai berwukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan melaksanakan ibadah melontar di Jamratul Aqabah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Urusan itu dipermudahkan menerusi sistem komprehensif merangkumi perkhidmatan organisasi, kesihatan, dan keselamatan yang disediakan oleh pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kelancaran pergerakan serta keselamatan jemaah sepanjang melaksanakan ibadat berkenaan.

Masjidil Haram menyaksikan kebanjiran besar jemaah yang menunaikan Tawaf Ifadah di bawah pengawasan langsung sektor berkaitan, yang mengerahkan sumber manusia dan teknologi mereka demi menyantuni jemaah serta memudahkan pergerakan mereka dengan lancar dan efisien.

Jemaah haji akan meneruskan baki ibadah mereka di Mina pada Hari-Hari Tashriq untuk melontar di ketiga-tiga Jamrat. Mereka kemudiannya akan mengakhiri ibadah Haji dengan Tawaf Widak (Tawaf Selamat Tinggal) sebelum bertolak meninggalkan Makkah.- Bernama-SPA

Continue Reading

Previous: Umat Islam di seluruh dunia sambut Aidiladha
Next: Harga minyak jatuh didorong harapan perang AS-Iran berakhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.