Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung
  • GLOBAL

Jemaah haji Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung

Utusan Sarawak 6 hours ago
JEMAAH haji Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung. Foto hiasan.

MAKKAH: Seorang jemaah haji lelaki Malaysia berusia 55 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung di sini, semalam.

Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan Allahyarham yang berasal dari Cheras, Selangor, disahkan meninggal dunia di King Abdullah Medical City pada 8.01 pagi waktu tempatan.

Menurut TH, Allahyarham hadir ke Tanah Suci bersama isteri serta empat ahli keluarga lain dan merupakan jemaah daripada kumpulan KT12 yang menginap di Al Kiswah Hotel.

“Jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disolatkan selepas solat asar sebelum selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea.

“TH mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham dan mendoakan agar mereka diberikan ketabahan menghadapi ujian ini,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, tiga jemaah haji Malaysia dilaporkan meninggal dunia di Tanah Suci sejak operasi haji musim 1447H/ 2026M bermula. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: AS batal passport ibu bapa tunggak bayaran nafkah anak
Next: Letusan gunung berapi Dukono ragut tiga pendaki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.