Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Jemaah haji berhimpun di Jabal Al-Rahmah pada hari Arafah
  • GLOBAL

Jemaah haji berhimpun di Jabal Al-Rahmah pada hari Arafah

Utusan Sarawak 2 hours ago
JEMAAH haji berkumpul di Jabal al-Rahmah di Padang Arafah ketika matahari terbit semasa ibadah haji tahunan, di luar kota suci Mekah, Arab Saudi. Foto: REUTERS

ARAFAT: Jabal Al-Rahmah di tengah-tengah Arafat menjadi saksi perhimpunan kerohanian terbesar didambakan umat Islam di seluruh dunia, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Terbitnya fajar hari Arafah, para jemaah haji berbondong-bondong ke tanah suci ini, memohon kepada Allah dalam doa berlatarbelakangkan suasana ketenangan dan ketaqwaan.

Lapangan itu menyaksikan pergerakan lancar hasil perancangan operasi lapangan bersepadu yang dilaksanakan oleh entiti berkaitan untuk menguruskan orang ramai, mengatur laluan pejalan kaki dan memudahkan akses ke kawasan sekitar gunung, dengan bimbingan sepanjang masa, perkhidmatan kemanusiaan dan kesihatan.

JEMAAH haji berkumpul di Jabal al-Rahmah di Padang Arafah ketika matahari terbit semasa ibadah haji tahunan, di luar kota suci Mekah, Arab Saudi. Foto: REUTERS

Di sekitar gunung itu, jemaah haji membaca al-Quran dan berzikir manakala tanah Arafat bergema dengan doa dalam pelbagai bahasa, suatu pemandangan yang menjelmakan perpaduan umat Islam dalam ibadah pada hari yang diberkati ini, di tengah-tengah ekosistem perkhidmatan bersepadu yang mencerminkan usaha Kerajaan Arab Saudi untuk melayani jemaah haji dan membolehkan mereka melaksanakan ibadah dengan selamat, mudah dan penuh yakin. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Empat maut dalam nahas bas sekolah-kereta api di Belgium

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.