Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘Jelas siapa pemenangnya!’: Haiwan di zoo Mexico ramal keputusan Piala Dunia 2026
  • SUKAN

‘Jelas siapa pemenangnya!’: Haiwan di zoo Mexico ramal keputusan Piala Dunia 2026

Utusan Sarawak 3 hours ago
DUA ekor gajah di Zoo Guadalajara meramal pasukan Mexico untuk memenangi perlawanan menentang Afrika Selatan pada pembukaan Piala Dunia 2026. Foto: AFP

GUADALAJARA, Mexico: Dua ekor gajah menjadi tumpuan di Zoo Guadalajara apabila mengambil bahagian dalam aktiviti unik meramalkan keputusan perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026 menerusi satu simulasi yang diadakan di padang bola sepak buatan.

Dalam aktiviti tersebut, kedua-dua haiwan berkenaan diberikan pilihan untuk memakan rumput di kawasan yang ditandakan dengan bendera Mexico atau di kawasan lawan yang mewakili Afrika Selatan.

Pilihan spontan dua ekor gajah itu untuk menuju ke kawasan Mexico dianggap sebagai petanda bahawa negara berkenaan akan memenangi perlawanan pembukaan yang dijadual berlangsung pada 11 Jun.

Aktiviti ramalan itu mengingatkan peminat bola sepak kepada Paul, sotong kurita yang terkenal kerana kejituan ramalannya semasa Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

“Ideanya adalah untuk membolehkan haiwan membuat ramalan bagi beberapa perlawanan yang akan berlangsung,” kata penjaga zoo, Ivan Reynoso, kepada AFP.

CHENCHI dan Faustina masing-masing mewakili pasukan Sepanyol dan Uruguay. Foto: AFP

Selepas itu, dua ekor gorila, Chenchi dan Faustina, diberikan dua buah replika hiasan berbentuk jersi pasukan, masing-masing mewakili Sepanyol dan Uruguay.

Suasana menjadi penuh debaran apabila kedua-dua primat itu diperhatikan sebelum seekor daripadanya memilih jersi Uruguay, sekali gus memberi bayangan bahawa negara Amerika Selatan itu akan menewaskan Sepanyol dalam perlawanan yang dijadual berlangsung pada 26 Jun.

“Jelas siapa pemenangnya!” kata seorang penjaga zoo dengan penuh teruja.

MULUK meramalkan kemenangan Korea Selatan dalam perlawanan menentang Republik Czech, manakala seekor zirafah pula memihak kepada Republik Demokratik Congo dalam perlawanan menentang Colombia. Foto: AFP

Sementara itu, seekor puma bernama Muluk seolah-olah memilih Korea Selatan untuk mengatasi Republik Czech, manakala enam ekor zirafah pula memihak kepada Republik Demokratik Congo dalam perlawanan menentang Colombia.

Menurut Reynoso, aktiviti ramalan tersebut bukan sahaja menghiburkan pengunjung yang teruja menantikan kejohanan bola sepak terbesar dunia itu, malah turut merangsang deria dan tingkah laku semula jadi haiwan yang terlibat.

“Aktiviti seperti ini memberikan pengayaan kepada haiwan, bukan sahaja menarik perhatian pengunjung, malah memberi rangsangan yang bermanfaat kepada haiwan itu sendiri,” katanya. — AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: BAM pecah gandingan Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun demi misi Olimpik
Next: Peraturan asrama masih fleksibel, pemain dibenarkan keluar setiap hari – Chong Wei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.