
HO Chi Minh, ibu kota Vietnam, yang dahulunya dikenali sebagai Saigon, memaparkan gabungan unik warisan kolonial Perancis, budaya tradisional Vietnam dan perkembangan pesat metropolis moden.
Baru-baru ini, penulis berkesempatan menjejak kaki ke Pasar Ben Thanh dan Malaysia Street, yang terkenal dengan kehidupan jalanan sibuk dan sesak.
Ia merupakan ‘lubuk’ beli-belah, yang mana pelbagai produk lokal dan kraf tangan dijual pada harga berpatutan. Paling menarik sekali, makanan dan minuman unik Vietnam seperti pho, ca phe trung, banh mi serta goi cuon menjadi ‘buruan’ di lorong berkenaan.

terkini yang dijual di The Box Concept, Ho Chi Minh, Vietnam.

Ho Chi Minh turut dikenali sebagai pusat hiburan dan membeli-belah. Antara tempat yang sempat dikunjungi oleh penulis termasuklah Central Street Market dan The Box Concept, menawarkan koleksi pakaian terkini yang membuatkan pengunjung rambang mata.
Tidak lengkap rasanya jika mengunjungi bandar itu tanpa merakam kenangan di Cafe Apartment, mercu tanda mempesonakan yang menggabungkan konsep pangsapuri lama dan kafe.
Ruangan sempit dan bangunan bertingkat dimanfaaatkan sepenuhnya dengan dekorasi vintaj dan moden menjadikan pelawat gemar meluangkan masa mencari ketenangan sambil menikmati pemandangan kota yang sibuk.


Cafe Apartment, Ho Chi Minh, Vietnam.
Selain itu, Terowong Cu Chi, tempat bersejarah yang menjadi tempat persembunyian dan perlindungan semasa Perang Vietnam dan dibina oleh Tentera Viet Cong sebagai sebahagian daripada strategi perang gerila dalam menentang tentera Amerika Syarikat (AS).
Ia memberikan pengalaman luar biasa kepada pelawat yang ingin memahami kisah perjuangan rakyat Vietnam.
Maka, tidak dapat dinafikan lagi Ho Chi Minh merupakan sebuah destinasi pelancongan yang unik dan menarik untuk diterokai.
Oleh AIN CHAI

Terowong Cu Chi di Vietnam.
