Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jejambat persimpangan Selangau-Mukah dibuka berfasa – Nanta
  • Selatan
  • WILAYAH

Jejambat persimpangan Selangau-Mukah dibuka berfasa – Nanta

Utusan Sarawak 4 hours ago
ALEXANDER Nanta semasa melawat tapak projek pembaikkan jejambat persimpangan Selangau-Mukah. Foto Facebook Alexander Nanta Linggi

SIBU: Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi memberi jaminan kerja pembaikan di Ramp 1, jejambat persimpangan Selangau-Mukah di Lebuhraya Pan Borneo akan dilaksanakan mengikut prosedur keselamatan ketat sebelum laluan itu dibuka semula kepada pengguna.

Beliau berkata penutupan laluan itu dilakukan demi keselamatan pengguna jalan raya susulan kerosakan struktur Ramp 1 akibat dilanggar sebuah lori tangki minyak sawit.

Menurut Nanta, berdasarkan taklimat teknikal di tapak, kemalangan itu menyebabkan sebahagian panel tembok penahan mengalami kerosakan.

“Kerja-kerja pembaikan struktur akan dilaksanakan secara terkawal bagi memastikan kestabilan kawasan terjejas. Laluan yang tidak terjejas akan dibuka secara berfasa selepas disahkan selamat manakala laluan masih berisiko akan kekal ditutup sehingga kerja pembaikan selesai,” katanya dalam kenyataan selepas meninjau lokasi berkenaan hari ini.

KEADAAN kerosakkan di jejambat persimpangan Selangau-Mukah. Foto Facebook Alexander Nanta Linggi

Nanta berkata beliau memahami kegusaran orang ramai berhubung penutupan laluan itu dan menegaskan setiap teguran rakyat, termasuk disuarakan menerusi media dan media sosial perlu diberi perhatian serius, terutama apabila melibatkan aspek keselamatan pengguna Lebuhraya Pan Borneo.

Beliau berkata tiga perkara telah diarahkan untuk diberi keutamaan, iaitu memastikan keselamatan pengguna jalan raya tidak dikompromi, memantau jadual kerja pembaikan supaya tidak berlaku kelewatan tidak munasabah serta menyalurkan maklumat jelas kepada orang ramai mengenai laluan alternatif, status penutupan dan perkembangan kerja di tapak.

Nanta turut mengakui penutupan laluan itu memberi kesulitan kepada pengguna, khususnya penduduk serta mereka yang kerap menggunakan laluan Bintulu-Mukah-Sibu, namun menegaskan keselamatan tetap menjadi keutamaan sebelum laluan itu dibuka semula. – Bernama

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Persiapan akhir Program Sarawakku Sayang Sibu hampir siap, orang ramai dijemput hadir
Next: SFC perkukuh kerjasama dengan pemburu buaya berlesen tangani konflik manusia-buaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.