Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • JBALB anjur program SAWAS fokus bekalan air luar bandar yang mampan
  • TEMPATAN

JBALB anjur program SAWAS fokus bekalan air luar bandar yang mampan

Utusan Sarawak 1 day ago
PENGARAH JBALB Sarawak, Awg Mohammad Fadillah Awg Redzuan serta tetamu kehormat yang lain merakam kenangan pada program Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) bertemakan ‘Towards Resilient and Sustainable Rural Water Supply in Sarawak – The Next Chapter’ bertempat di Citadines Uplands Kuching.

KUCHING: Cawangan Bekalan Air Luar Bandar, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), telah menganjurkan program Sistem Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) bertemakan ‘Towards Resilient and Sustainable Rural Water Supply in Sarawak – The Next Chapter’ yang berlangsung di Citadines Uplands, di sini, baru-baru ini.

Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk memperkasa perkongsian teknologi penapisan air yang sesuai digunakan di kawasan luar bandar, selaras dengan matlamat di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030) ke arah pencapaian liputan bekalan air penuh di seluruh Sarawak.

Selain itu, program ini turut menjadi platform bagi mengenal pasti sistem penapisan air yang berkesan untuk dilaksanakan di kawasan pedalaman, selain menggalakkan pertukaran ilmu dan idea antara pihak industri, agensi kerajaan dan institusi akademik demi meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan bekalan air di negeri ini.

Turut hadir Pengarah JBALB Sarawak, Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan, bersama Timbalan Pengarah Pembangunan, Thomas Lucas Santang, Timbalan Pengarah Khidmat Teknikal, Kueh Li Li, serta pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JBALB dan delegasi berkaitan bekalan air.

Oleh Norman B.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi teruja terima Kad Emas Kenyalang
Next: Penambahan 17 kerusi DUN percepat pembangunan luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.