Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jawatankuasa penyiasat dedah laporan punca letupan di pelabuhan Shahid Rajaee
  • TEMPATAN

Jawatankuasa penyiasat dedah laporan punca letupan di pelabuhan Shahid Rajaee

Utusan Sarawak 3 weeks ago

BANDAR ABBAS (Iran): Jawatankuasa Penyiasatan Insiden Kebakaran di Pelabuhan Shahid Rajaee dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan bahawa beberapa siri mesyuarat telah diadakan bersama pakar daripada pelbagai bidang.

Hasil perbincangan itu, jawatankuasa terbabit mengesahkan bahawa kegagalan mematuhi prinsip keselamatan dan piawaian pertahanan pasif dikenal pasti sebagai punca kejadian, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Jawatankuasa turut mendedahkan bahawa terdapat percanggahan dalam beberapa kes, dan pihak keselamatan serta perundangan kini giat berusaha mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab.

Penentuan punca insiden memerlukan siasatan terperinci dari pelbagai aspek, yang melibatkan proses teknikal dan makmal memandangkan keperluan kepada kepakaran tertentu.

Bagaimanapun, langkah-langkah pelaksanaan siasatan sedang diteruskan dan keputusan akhir akan diumumkan kepada orang ramai secepat mungkin, menurut jawatankuasa itu.

Terdahulu pada Isnin, Menteri Dalam Negeri Iran Eskandar Momeni berkata unsur “kecuaian” dikenal pasti sebagai punca letupan besar dan kebakaran berkenaan.

Letupan kuat menggegarkan Pelabuhan Shahid Rajaee pada 26 April 2025 selepas sebuah lori tangki meletup, sekali gus mencetuskan kebakaran besar.
— BERNAMA-IRNA

Continue Reading

Previous: Jalan masuk ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah ditutup 15 April – 13 November
Next: Amazon lancar satelit pertama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.