Jawatankuasa parlimen Turkiye lulus bidaan Sweden sertai NATO

Facebook
WhatsApp
PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan ketika bersalaman dengan Perdana Menteri Sweden Ulf Kristersson semasa persidangan NATO di Lithuania. FotoAFP

ANKARA: Jawatankuasa hal ehwal luar parlimen Turkiye semalam meluluskan permohonan Sweden untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), langkah pertama yang diperlukan untuk meletakkannya dalam undian penuh parlimen.

Rang undang-undang mengenai kelulusan protokol penyertaan Sweden ke NATO telah diterima pakai oleh jawatankuasa itu dengan undian oleh Justice and Development Party yang memerintah, Nationalist Movement Party dan parti utama pembangkang, Republican People’s Party, lapor Xinhua.

Bagaimanapun, Parti IYI (Good) mengundi menentang rang undang-undang itu manakala Peoples’ Equality and Democracy Party tidak mengambil bahagian.

Pengerusi jawatankuasa itu Fuat Oktay berkata walaupun Sweden telah mengambil langkah-langkah terutamanya mengenai pembiayaan keganasan, Turkiye “belum melihat hasil yang diharapkan dalam usaha memerangi keganasan”.

Bidaan Sweden mungkin dibahaskan semasa persidangan parlimen akhir minggu ini untuk undian terakhir. Tetapi jika parlimen memasuki tempoh rehat, undian akan ditangguhkan ke tahun baru yang akan datang.

Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menandatangani protokol penyertaan Sweden ke NATO dan menyerahkannya kepada parlimen pada Oktober.

Turkiye meluluskan keahlian Finland ke NATO pada Mac tetapi melambatkan penyertaan Sweden, menuntut negara Nordik itu menangani kebimbangan keselamatan Ankara. -Bernama – Xinhua

BMW bakal kurangkan 8,000 pekerja

BRUSSELS: Pengeluar kenderaan Jerman, BMW, akan mengurangkan kira-kira 8,000 pekerja dan kebanyakannya di Jerman, sebagai sebahagian daripada program pengurangan kos