Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Jawatankuasa khas bantu pekebun kecil miliki MSPO
  • BISNES

Jawatankuasa khas bantu pekebun kecil miliki MSPO

Utusan Sarawak 5 years ago
MUHTAR SUHAILI

KUALA LUMPUR: Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan dalam usaha membantu ladang milik pekebun kecil mempunyai Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Penubuhan Jawatankuasa Lembaga Pensijilan MSPO dalam kalangan pekebun kecil khususnya pekebun kecil persendirian itu merupakan kerjasama antara Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

“Inisiatif ini adalah bagi mencari jalan dan mengemukakan cadangan agar pensijilan MSPO dalam kalangan pekebun kecil persendirian dapat dipertingkatkan,” kata Pengerusi MPOCC Muhtar Suhaili dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Setakat 9 Julai, 2020, hanya 24.10 peratus daripada 986,331 hektar ladang milik pekebun kecil persendirian di seluruh negara mempunyai pensijilan itu.

Selain itu, sejumlah 5.01 juta hektar atau 84.89 peratus ladang sawit di seluruh negara juga sudah memiliki MSPO bagi tempoh sama.

MSPO merupakan skim pensijilan dibangunkan oleh kerajaan dengan kerjasama pihak berkepentingan bagi memastikan penggiat industri termasuk pekebun kecil sawit mematuhi ketetapan untuk menghasilkan minyak sawit mampan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pasaran getah ditutup tinggi kebanyakannya
Next: Bintulu berpotensi jadi pengeluar makanan berasaskan pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.