Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jawatan TPM mesti ada potfolio lain
  • TEMPATAN

Jawatan TPM mesti ada potfolio lain

Utusan Sarawak 3 years ago

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) ditemubual media selepas menghadiri Majlis Angkat Sumpah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di Petra Jaya, hari ini. FotoBERNAMA

KUCHING: Jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang dicadangkan untuk Sarawak dan Sabah mesti disertakan dengan portfolio Menteri penting.

Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ini bagi memastikan keberkesanan tugas dan kuasa dimiliki.

“Pemberian jawatan TPM kepada Ahli Parlimen kedua-dua negeri Borneo tidak akan membawa apa-apa perbezaan jika ia tidak datang dengan kuasa.

“Apa yang penting bukan jawatan tetapi kuasa. Jika ada kementerian tertentu yang ditugaskan dan peruntukan untuk projek pembangunan diluluskan, itu lebih penting daripada jawatan,”katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis angkat sumpah sembilan Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, hari ini.

Nanta berkata, sekiranya jawatan TPM diberikan, mesti ada portfolio tertentu yang diberikan bagi memastikan keberkesanan melaksanakan tugas untuk manfaat yang lebih baik bagi Sarawak dan Sabah.

“Apa yang penting dilakukan sekarang ialah pihak terbabit memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini bagi merealisasikan cadangan itu.

“Terpulang kepada pihak yang membuat cadangan itu untuk memasukkannya dan menyenaraikan kuasa dan faedah dalam manifesto pilihan raya mereka,” katanya.

Beliau bersetuju dengan kenyataan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa jawatan TPM bagi Sarawak mesti ada kuasa, bukan setakat istiadat yang hanya berkhidmat sebagai ketua tokoh dalam Kabinet semata-mata.

Continue Reading

Previous: Abang Johari buat kunjungan Deepavali
Next: Abdul Aziz dan Sam Laya Setiausaha Politik Premier

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.