Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Jaslinda ditemukan dalam keadaan terhuyung-hayang, menangis – Penduduk Orang Asli
  • SEMASA

Jaslinda ditemukan dalam keadaan terhuyung-hayang, menangis – Penduduk Orang Asli

Utusan Sarawak 17 hours ago
PENDUDUK yang menjumpai mangsa, Nazri Bah Eng ,55 menceritakan pengalaman menjumpai Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49 kepada pengamal media di Hospital Tapah malam ini. Jaslinda yang dilaporkan hilang ketika mendaki Gunung Batu Putih, dekat Tapah sejak 24 Mei lepas berjaya ditemukan dalam keadaan selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, petang tadi. – Foto Bernama

TAPAH: Seorang penduduk Orang Asli yang menemukan pendaki Jaslinda Saludin, 49, petang tadi mendakwa wanita itu dilihat dalam keadaan terhuyung-hayang bersama satu beg plastik berisi beberapa jenis tumbuhan termasuk cendawan.

Nazri a/l Bah Eng, 55, berkata dia menemukan Jaslinda sekitar 5.00 petang ketika dalam perjalanan menuju ke kawasan sungai berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu bersama dua ahli keluarganya.

“Kami kebetulan nak memancing di sungai berkenaan, secara tiba-tiba seorang daripada kami menjumpai Jaslinda dalam keadaan lemah dan menangis. Dia juga ada bawa satu beg plastik yang berisi cendawan.

“Dalam keadaan itu, saya terus bawa dia balik ke rumah tok batin di kampung berkenaan dan kami beri dia makan serta minum kerana keadaannya kelihatan terlalu letih,” katanya ketika ditemui di Hospital Tapah, di sini hari ini.

Nazri berkata, selepas memastikan mangsa berada dalam keadaan selamat, dia segera menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan penemuan berkenaan sebelum pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tiba di lokasi.

Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2.00 pagi 23 Mei lepas, melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti, bagaimanapun Jaslinda dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7.30 pagi, 24 Mei. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Semangat kental, air sungai dipercayai bantu Jaslinda bertahan selama 14 hari – Malim
Next: KPWKM teliti kemungkinan kemurungan selepas bersalin dalam kes bayi maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.