Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jangan politikkan isu pengisian Program PraGawai – MOTAC
  • NASIONAL

Jangan politikkan isu pengisian Program PraGawai – MOTAC

Utusan Sarawak 5 hours ago

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meminta semua pihak melihat isu tular berkaitan pengisian Program PraGawai yang diadakan di Bintulu, Sarawak minggu lepas, dari sudut positif sebagai sebahagian daripada keraian tradisi masyarakat tempatan mengikut kesesuaian lokaliti.

MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan sambutan kebudayaan seumpama itu tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak bagi menghormati semua bangsa serta budaya dan tindakan mensensasikan perkara berkenaan hanya akan menjejaskan keharmonian yang telah lama terjalin.

“(MOTAC) merujuk kepada isu tular di media sosial mengenai program PraGawai baru-baru ini. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Sri Tiong King Sing telah hadir ke program berkenaan atas jemputan sebagai tanda sokongan dan meraikan komuniti setempat sempena sambutan perayaan Gawai yang bakal tiba.

“Program berkenaan dianjurkan sepenuhnya oleh komuniti setempat tanpa penglibatan, kerjasama, peruntukan atau sokongan rasmi daripada MOTAC dan segala aspek pelaksanaannya adalah di bawah tanggungjawab pihak penganjur,” menurut kenyataan itu

TIONG (tengah) ketika menghadiri Program PraGawai MOTAC di Bintulu, Jumaat lalu. — Foto Facebook Dato Sri Tiong King Sing

Kenyataan tersebut memaklumkan MOTAC menghargai usaha komuniti di Bintulu dalam menyambut PraGawai itu yang mencerminkan perpaduan, kekayaan budaya serta keunikan tradisi masyarakat tempatan.

“Semangat kebersamaan yang dipamerkan dalam Program PraGawai itu mencerminkan aspirasi negara dalam memupuk perpaduan, seterusnya merapatkan jurang antara kaum menerusi platform kebudayaan. MOTAC sentiasa menghormati cara komuniti merayakan tradisi mereka yang unik,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, MOTAC menegaskan komitmen kementerian akan terus mempromosikan kepelbagaian budaya dan keharmonian masyarakat di Malaysia selaras dengan prinsip hormat-menghormati antara kaum dan tradisi.

Sebelum ini, tular di media sosial hantaran yang mempersoalkan kehadiran Tiong di majlis menyajikan minuman beralkohol dan pada masa sama turut memaparkan logo MOTAC.- Bernama

Continue Reading

Previous: Mesut Ozil jumpa peminat di Pulau Pinang, kongsi gemar makanan pedas
Next: Hawana 2026 platform perkasa peranan media dalam tangani cabaran era digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.