Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Jangan mudah mengaku kalah
  • SUKAN

Jangan mudah mengaku kalah

Utusan Sarawak 3 years ago

PASUKAN yang mewakili Bahagian Limbang dalam Malaysia Sports League (MSL) 2022 perlu menunjukkan taring dan jangan mudah mengaku kalah dalam azam mengenggam kejuaraan.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Datuk Hasbi Habibollah berkata, walaupun terletak di hujung utara Sarawak, ia bukan alasan untuk tidak memberikan saingan sekali gus berupaya merangkul kejayaan.

“Saya mendokan yang terbaik dan selamat maju jaya kepada pasukan  bertanding yang membawa nama Limbang.

“Jangan mudah merasa kalah selagi tidak mencuba,  yang penting kesediaan mental dan fizikal, skill dan taktik  walaupun berada  di hujung negeri,”katanya pada Perasmian  Program  Malaysia Sports League (MSL)  di Stadium Tertutup di Limbang, semalam.

Turut hadir Residen Bahagian Limbang Sebi Abang dan Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang Yaman Yahya.

Ahli Parlimen itu berkata lagi sudah masanya generasi baru anak-anak Limbang mengubah tanggapan negatif ‘lapuk’ mengenai keupayaan mereka dalam bidang sukan berbanding bahagian lain.

“Generasi hari ini jangan awal-awal sudah mengalah,apabila bertanding dan bersaing dengan pasukan di bahagian lain.

“Generasi baharu tiada sempadan, dan perlu belajar skill  dari  internet untuk meningkatkan  skill,  kesungguhan, latihan,semangat juang itu yang penting.

“Jangan ulangi cara pemikiran, cara rendah diri dan pemikiran lapuk, saya harap  Kementerian Belia Sukan (KBS) Bahagian Limbang memainkan  peranan bagi memastikan pasukan yang dihantar mempunyai pakej lengkap selain sihat tetapi juga mempunyai skill tinggi,”ujarnya.

Jelasnya lagi selain skill, kecergasaan, pemikiran dan persiapan mental fizikal perlu  dipersiapkan.

Sebanyak lima  acara sukan dipertandingkan termasuk takraw,  bola keranjang, bola jaring, badminton dan futsal manakala pertandingan peringkat negeri akan di adakan di  Miri dan Kuching pada Jun ini.

Pada majlis itu Hasbi turut mengumumkan geran kerajaan berjumlah RM10,000 untuk kejohanan itu.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Puas hati raih perak, gangsa
Next: Pecutan ‘emas’ ke-37

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.