Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berlebihan 
  • NASIONAL

Jangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berlebihan 

Utusan Sarawak 5 months ago

PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi serta elak menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang dicas.

Itu antara tip keselamatan penggunaan elektrik dan gas di musim perayaan yang dikeluarkan Suruhanjaya Tenaga (ST) hari ini sempena sambutan hari Natal.

“Orang ramai dinasihatkan memastikan suis dan kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan sekiranya anda pulang ke kampung atau bercuti,” menurut ST dalam satu kenyataan hari ini.

Suruhanjaya itu memaklumkan orang ramai juga perlu menggunakan perkakas dapur gas yang mempunyai label keselamatan ST-SIRIM.

“Jangan membawa peralatan atau kelengkapan yang boleh mencetuskan penyalaan atau “spark” berhampiran kawasan dapur memasak,” katanya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Malaysia catat 5.74 juta siswazah pada 2023 – Jabatan Perangkaan
Next: Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.