Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jangan biar orang tiada lesen buat pendawaian elektrik
  • TEMPATAN

Jangan biar orang tiada lesen buat pendawaian elektrik

Utusan Sarawak 7 months ago

KEMPEN KESELAMATAN...Hasbi bergambar bersama peserta Program Bomba Komuniti , Free Point dan Kempen Keselamatan Kebakaran di Dewan Kampung Bakol.

LIMBANG: Penyambungan elektrik oleh orang yang tidak kompeten antara punca berlakunya kebakaran sehingga mengancam nyawa dan kehilangan harta benda.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibillah berkata orang ramai tidak seharusnya mengambil ringan dengan kerja penyambungan elektrik sehingga menyebabkan kebakaran akibat dilakukan oleh mereka yang tidak kompeten. 

“Kita bayar mahal sikit untuk penyambungan elektrik tidak apa, jangan terbakar sebuah rumah kerana orang yang tidak kompeten.

“Perkara ini juga berlaku melibatkan  projek kerajaan yang dilakukan oleh mereka yang tidak berlesen untuk kerja penyambungan dawai.

“Jangan ambil ringan, kerana  ini bangunan dan harta kerajaan, patuhi apa yang termaktub di dalam lesen bagi kerja penyambungan elektrik,”katanya pada Program Bomba Komuniti , Free Point dan Kempen Keselamatan Kebakaran di Dewan Kampung Bakol hari ini.

Turut sama ialh Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan.

Beliau juga mahu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung untuk melaksana lebih banyak program kempen keselamatan kebakaran di kawasan masing-masing. 

Ini penting katanya, bagi mendidik selain memberi, pendedahan awal kepada masyarakat untuk membolehkan tindakan proaktif diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda daripada risiko berlaku perkara tidak diingini. 

“Kejadian kebakaran yang sering kita dengar sebelum ini, menyebabkan penduduk kehilangan harta benda, malah kebimbangan kita adalah ia membawa kesan kepada nyawa jika kempen ini tidak diadakan,” katanya.

Sebanyak 10 kampung menyertai program itu.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Pink Ribbon komited sediakan sokongan kepada pesakit kanser payudara
Next: Sarawak kaji kemungkinan jana tenaga di laut guna teknologi OTEC

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.