Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • James Chai sambung beri keterangan di ibu pejabat SPRM untuk hari ketiga
  • NASIONAL

James Chai sambung beri keterangan di ibu pejabat SPRM untuk hari ketiga

Utusan Sarawak 5 hours ago
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

PUTRAJAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Rafizi Ramli, Chai Jin Shern atau lebih dikenali sebagai James Chai hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi menyambung memberi keterangan untuk hari ketiga.

Penganalisis politik itu tiba pada 9.50 pagi, bagi membantu siasatan kes membabitkan firma semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom, Arm Holdings Plc.

Semalam, James Chai yang juga saksi dalam siasatan kes itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM bagi proses rakaman keterangan yang mengambil masa lebih lapan jam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berkaitan sebuah projek semikonduktor yang dibiayai kerajaan bernilai RM1.1 bilion.

SPRM membuka kertas siasatan pada 16 Februari lepas susulan aduan daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa perjanjian projek tersebut dibuat secara tergesa-gesa dan bersifat berat sebelah sehingga dijangka memberi kesan kewangan kepada kerajaan.

Pada 1 April, SPRM memberi tempoh dua minggu kepada James Chai yang berada di London untuk tampil membantu siasatan kes melibatkan firma semikonduktor itu dengan SPRM bersedia menanggung kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia.

Selain itu, siasatan tersebut turut menjurus kepada unsur konflik kepentingan apabila beberapa individu dikatakan telah diberikan jawatan tinggi dalam syarikat asing berkenaan selepas berhenti daripada sebuah kementerian. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Hawana 2026 platform perkasa peranan media dalam tangani cabaran era digital
Next: KPKT laksana penjimatan RM64.4 juta, sokong penyusunan semula perbelanjaan kerajaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.