Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan Sebauh kini siap 64.94 peratus
  • Tengah
  • WILAYAH

Jambatan Sebauh kini siap 64.94 peratus

Utusan Sarawak 2 months ago
TINJAU PERKEMBANGAN… Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama yang lain semasa melakukan lawatan kerja rasmi ke tapak pembinaan Jambatan Sebauh, hari ini. Foto UKAS

SEBAUH: Jambatan Sebauh yang merentasi Batang Kemena kini mencatat kemajuan sebanyak 64.94 peratus, meskipun mengalami sedikit kelewatan akibat banjir besar yang melanda Bintulu, Januari lalu.

Projek itu merupakan inisiatif kerajaan Sarawak bagi memperkukuhkan infrastruktur dan meningkatkan aksesibiliti penduduk di kawasan Sebauh serta sekitarnya.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam lawatan kerja rasmi ke tapak projek tersebut hari ini menegaskan kepentingan jambatan tersebut sebagai pengganti perkhidmatan feri yang menjadi penghubung utama di Batang Kemena sebelum ini. 

Menurutnya, jambatan itu akan meningkatkan kemudahan pergerakan serta mengurangkan masa perjalanan penduduk setempat.

Pembinaan jambatan sepanjang 728.56 meter dengan kelebaran 12 meter tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM74.89 juta dan dijadualkan siap penghujung tahun ini.

Antara kerja-kerja utama yang sedang giat dijalankan termasuk pemasangan cerucuk, sistem saliran, pengalihan utiliti dan pemasangan saluran paip. 

Walaupun banjir menjejaskan jadual pembinaan, pihak kontraktor telah mengambil langkah pemulihan bagi memastikan projek tersebut dapat diselesaikan mengikut jadual ditetapkan.

Dalam lawatan tersebut, Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan mengarahkan pihak kontraktor supaya merancang serta melaksanakan projek dengan teliti bagi memastikan ia siap dalam tempoh yang ditetapkan.

UNTUK RAKYAT… Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama yang lain merakam gambar semasa melakukan lawatan kerja rasmi ke tapak projek Jambatan Sebauh, hari ini. Foto UKAS

Beliau turut berkesempatan menaiki perkhidmatan feri yang diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Bintulu untuk menyeberangi Batang Kemena. 

Feri berkenaan mampu membawa hingga 24 kenderaan jenis sedan dalam satu masa dan akan digantikan sepenuhnya menggunakan jambatan setelah ia siap kelak, sekali gus meningkatkan kelancaran perhubungan di kawasan tersebut.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Setiausaha Tetap Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Datuk Chiew Chee Yau, Pengarah JKR Sarawak Ir. Ts. Gs. Br. PMr. Dr. Cassidy Morris, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Collin Patan dan Jurutera JKR Bintulu Lau Sie Hung.

Jambatan Sebauh dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk dengan meningkatkan kelancaran perhubungan, merancakkan pertumbuhan ekonomi serta menyediakan laluan pengangkutan yang lebih cekap dan selamat.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Klinik Kesihatan Jalan Lanang tangguh operasi pagi
Next: Prapelancaran Jambatan Rajang diawalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.