Prapelancaran Jambatan Rajang diawalkan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
Jambatan Rajang. -Foto kredit Facebook Datuk Len Talif Salleh 

SARIKEI: Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh memaklumkan bahawa majlis Prapelancaran Jambatan Rajang akan diawalkan sehari. 

Katanya, majlis yang akan dirasmikan oleh Timbalan Premier yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru II, Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada 28 Mac ini telah diawalkan ke Khamis depan (27 Mac), yang dijangka bermula pada 10.00 pagi. 

Beliau berkata demikian menerusi hantaran Facebook, hari ini. 

“Semoga majlis berjalan dengan lancar,” katanya.

OLEH EARL ANEK

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis