Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan kayu baharu tingkat keselamatan penduduk Kampung Merapa
  • WILAYAH

Jambatan kayu baharu tingkat keselamatan penduduk Kampung Merapa

Utusan Sarawak 20 hours ago
TINJAU… ADUN Pujut Adam Yii meninjau jambatan yang telah siap di Penduduk Kampung Merapa, Pujut 8 di Miri, semalam.

MIRI: Penduduk Kampung Merapa, Pujut 8 di sini  kini menikmati laluan keluar masuk kampung yang lebih selamat dan selesa selepas kerja naik taraf infrastruktur dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Adam Yii Siew Sang berkata, sebelum ini jambatan kayu yang digunakan penduduk berada dalam keadaan agak rosak dan kurang selesa, sekali gus menimbulkan risiko keselamatan kepada pengguna daripada pelbagai peringkat umur.

“Laluan ini digunakan setiap hari oleh anak-anak ke sekolah, ibu bapa yang keluar bekerja serta warga emas yang menguruskan urusan harian. Oleh itu, aspek keselamatan menjadi keutamaan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya semalam.

TINJAU… ADUN Pujut Adam Yii meninjau jambatan yang telah siap di Penduduk Kampung Merapa, Pujut 8 di Miri, semalam.

Menurut beliau, sebanyak lapan jambatan kayu baharu telah dibina dengan panjang keseluruhan kira-kira 500 meter bagi menggantikan jambatan lama yang uzur.

Tambahnya, pembinaan jambatan baharu itu bukan sahaja melancarkan pergerakan penduduk, malah memberikan ketenangan kepada mereka ketika keluar masuk kampung.

Selain itu, katanya, jalan batu di pintu masuk Kampung Merapa yang dibina pada 2023 turut menjalani kerja baik pulih bagi memastikan laluan tersebut terus selesa dan selamat digunakan.

“Penambahbaikan ini diharap dapat memudahkan urusan harian penduduk serta meningkatkan kualiti hidup mereka, khususnya kanak-kanak, ibu bapa dan warga emas,” ujarnya.

Oleh Liong Chai ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BDA arah tutup premis makanan selepas dikesan lipas, najis tikus
Next: Banjir di Sibu: Enam mangsa ditempatkan di PPS Dewan Kampung Jeriah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.