Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jambatan kaca Batu Kawa bakal hubungkan Kampung Rantau Panjang
  • Selatan
  • WILAYAH

Jambatan kaca Batu Kawa bakal hubungkan Kampung Rantau Panjang

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Amar Dr Sim Kui Hian, membuat tinjauan di kawasan Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa bersama JPS Sarawak bagi menilai keadaan hakisan tebing sungai serta cadangan pembangunan.

KUCHING: Cadangan pembinaan jambatan kaca serta fasa kedua projek perlindungan tebing sungai di Kampung Rantau Panjang, Batu Kawa dijangka memberi impak besar kepada pembangunan kawasan tebing sungai dan jaringan komuniti setempat.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, projek berkenaan akan menghubungkan kawasan Kampung Rantau Panjang dengan Taman Tebingan Sungai Batu Kawa melalui laluan pejalan kaki sepanjang kira-kira tiga kilometer.

“Ini sekali gus mewujudkan kawasan persiaran baharu serta memperkukuh usaha menangani hakisan tebing sungai.

“Sambungan itu juga membawa nilai sosial apabila menghubungkan komuniti kampung Melayu di sepanjang sungai dengan pekan Batu Kawa yang bersejarah.

“Apabila jambatan kaca itu siap dibina, ia akan menjadi sambungan kepada Taman Tebingan Sungai Batu Kawa dan mewujudkan laluan persiaran indah serta menghubungkan komuniti di sepanjang sungai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga ADUN Batu Kawa juga berkata, tinjauan di lokasi berkenaan telah dilakukan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak bagi menilai keadaan hakisan tebing sungai yang semakin serius serta membincangkan langkah mitigasi segera.

“JPS akan melaksanakan kerja sementara bernilai RM200,000 sementara menunggu penyempurnaan reka bentuk fasa kedua projek perlindungan tebing sungai yang dijangka ditender hujung tahun ini.

“Fasa kedua projek ini melibatkan tambahan kira-kira 500 meter kerja perlindungan tebing sungai dan dijangka dilaksanakan secara tender terbuka,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dr Sim turut berkongsi bahawa fasa pertama projek sepanjang 450 meter yang dimulakan pada 2019 berdepan cabaran kenaikan kos bahan binaan semasa pandemik COVID-19 sehingga menjadi projek sakit sebelum disiapkan pada akhir 2023.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Premier Sarawak atas kelulusan siling peruntukan RM31 juta bagi pelaksanaan baki projek perlindungan tebing sungai tersebut yang dijadualkan bermula pada 2026.

“Peningkatan kos pembinaan akibat faktor ekonomi global dan ketidaktentuan geopolitik turut memberi tekanan kepada kos keseluruhan projek.

“Namun pelaksanaannya penting bagi melindungi komuniti setempat serta memperkukuh pembangunan infrastruktur dan hubungan sosial di Batu Kawa,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Masazizul, Dayang Nur Afira johan Tilawah al-Quran peringkat Bahagian Sri Aman
Next: Remaja perempuan dilapor hilang ditemui selamat di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.