Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Batang Saribas dijangka dibuka Mac tahun ini  
  • TEMPATAN

Jambatan Batang Saribas dijangka dibuka Mac tahun ini  

Utusan Sarawak 4 months ago

SARIBAS: Projek pembinaan Jambatan Batang Saribas menunjukkan perkembangan positif apabila dijangka siap dan dibuka lebih awal daripada jadual asal.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, jambatan yang bernilai RM375.5 juta itu dijangka siap pada Mac tahun ini, lebih awal daripada perancangan asal pada Mei 2025.

“Jambatan ini dijangka siap lebih awal daripada jangkaan asal, iaitu pada Mei.

“Kami berharap ia dapat disiapkan sebelum Hari Raya bagi memudahkan pengguna, dan usaha sedang dilakukan untuk membuka jambatan ini sekurang-kurangnya sebelum sambutan Aidilfitri.

“Status pembinaan Jambatan Batang Saribas kini mendahului jadual dengan kemajuan sebanyak 91.12 peratus, melebihi sasaran sebanyak dua peratus. 

“Sementara itu, kemajuan pembinaan Jambatan Batang Saribas 2 pula berada dalam jadual dengan peratusan sebanyak 51 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Penyambungan Akhir Jambatan Batang Saribas di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Aidel mendedahkan bahawa pelaksanaannya berdepan dengan pelbagai cabaran, meskipun kemajuan projek ini mengikut perancangan. 

“Tanah di sini tidak begitu stabil dan sekata, dengan kedalaman mencapai 80 meter. Namun, ia masih dapat dibangunkan menggunakan kaedah terkini serta kepakaran kontraktor,” katanya. 

Jambatan Batang Saribas, yang merupakan salah satu komponen penting dalam Projek Jalan Pesisir Sarawak, melibatkan pembinaan jambatan sepanjang 1.55 Kilometer (KM) dengan laluan jalan dua lorong, jalan baru, serta penaiktarafan jalan sedia ada di kawasan Pusa dan Beladin.

Matlamat utama projek ini adalah untuk meningkatkan kesalinghubungan jalan di kawasan tersebut, menggantikan perkhidmatan feri, serta mempercepatkan perjalanan antara Pusa dan Beladin, dari 30 minit kepada hanya beberapa minit.

Projek ini juga berperanan sebagai laluan alternatif kepada Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dan memberikan akses lebih baik kepada penduduk tempatan ke sekolah, klinik, hospital, dan pejabat kerajaan.

Selain itu, projek ini turut merangsang pembangunan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup komuniti setempat.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kids search for missing father who disappeared yesterday evening
Next: Kelab Carnation Kuching dan Samarahan sumbang kerusi penghubung kepada HUS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.