Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jambatan Batang Lupar 1 bukti keupayaan pembangunan Sarawak – Wilfred Yap
  • TEMPATAN

Jambatan Batang Lupar 1 bukti keupayaan pembangunan Sarawak – Wilfred Yap

Utusan Sarawak 4 hours ago
JAMBATAN Batang Lupar 1.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sentosa Wilfred Yap Yau Sin berkata pembukaan Jambatan Batang Lupar 1 kepada orang awam pada 21 Mei merupakan satu pencapaian besar bagi Sarawak dan mencerminkan komitmen kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di bawah kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

ADUN Sentosa Wilfred Yap Yau Sin.

Beliau berkata, jambatan sepanjang kira kira 4.8 kilometer itu kini diiktiraf sebagai jambatan merentasi sungai terpanjang di Malaysia, menggantikan perkhidmatan feri antara Sebuyau dan Triso serta meningkatkan hubungan pengangkutan di kawasan pesisir Sarawak.

“Masa perjalanan yang sebelum ini bergantung kepada jadual feri dan kesesakan kini dapat dikurangkan dengan ketara,” katanya.

Yap berkata, rakyat Sarawak juga perlu mengingati suasana politik berkaitan pembangunan infrastruktur semasa pentadbiran Persekutuan Pakatan Harapan dari 2018 hingga 2020.

Beliau mendakwa bahawa dalam tempoh tersebut, pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen berulang kali mempertahankan keputusan Kerajaan Persekutuan untuk menyemak semula, membatalkan atau menangguhkan projek infrastruktur di Sarawak.

Katanya, Chong pada Oktober 2018 pernah menyifatkan banyak projek yang diumumkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan terdahulu sebagai ‘projek angin’ kerana didakwa tiada peruntukan  diluluskan, selain mendakwa sesetengah projek diberikan tanpa tender terbuka.

Yap turut berkata bahawa pada Mei 2019, Chong telah meminta kerajaan GPS supaya “berhenti menjadi crybaby” berhubung pembatalan projek di Sarawak sambil mempertahankan pemotongan bajet Persekutuan sebagai langkah perlu bagi mengelakkan negara muflis.

Beliau berkata penduduk di Sebuyau, Triso, Maludam dan kawasan sekitarnya kini menikmati manfaat langsung hasil hubungan pengangkutan yang lebih baik kerana kerajaan GPS terus komited melaksanakan projek walaupun berdepan kritikan daripada pemimpin DAP semasa era PH.

“Jambatan ini bukan sekadar retorik. Ia adalah bukti fizikal pelaksanaan,” katanya.

Yap berkata ketika pemimpin DAP mempersoalkan agenda pembangunan Sarawak dan mempertahankan pemotongan perbelanjaan Persekutuan yang menjejaskan negeri ini, GPS terus memberi tumpuan kepada perancangan dan pelaksanaan infrastruktur jangka panjang.

Beliau berkata Jambatan Batang Lupar 1 kini menjadi simbol kemampuan Sarawak untuk mencapai kemajuan melalui kestabilan politik, pengurusan kewangan berdisiplin, dan kerajaan yang mengutamakan pembangunan berbanding polemik politik.

Oleh Connie Chieng

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Kawal emosi, jaga akhlak kunci peroleh haji mabrur
Next: Projek Pusat Komuniti MBKS lewat siap timbulkan persoalan akauntabiliti – Michael Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.