Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Jalan McDougall menuju ke Padang Merdeka ditutup, esok
  • TEMPATAN

Jalan McDougall menuju ke Padang Merdeka ditutup, esok

Utusan Sarawak 7 months ago
KETUA Polis Bahagian Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah

KUCHING: Polis akan menutup persimpangan Jalan McDougall menuju ke Padang Merdeka di pusat bandar raya ini, esok, bermula 8.00 pagi hingga Sabtu ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan pentas utama sambutan ulang tahun kelahiran ke-78 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Ketua Polis Bahagian Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kerja-kerja pemasangan pentas itu bersempena istiadat perbarisan dan rapat raksasa bagi sambutan tersebut, Sabtu ini.

“Orang ramai yang melalui jalan McDougall menghala ke Padang Merdeka dinasihatkan untuk membuat pusingan U di hadapan Plaza Aurora,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Farhan berkata, orang ramai juga diingatkan supaya tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan  agar tidak menganggu kelancaran lalu lintas di kawasan tersebut.

Beliau berkata, sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah Kuching di talian 082-259900. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Satu unit mungkin ditubuh untuk menyelia dua tapak warisan arkeologi UNESCO
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.