Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan, lampu solar dan dewan serbaguna ubah wajah Lubok Nibong
  • Tengah
  • WILAYAH

Jalan, lampu solar dan dewan serbaguna ubah wajah Lubok Nibong

Utusan Sarawak 8 hours ago
MOHAMAD Duri hadir menyempurnakan Program Gerak Rahmah Ngiling Bidai Gawai KRT Daerah Kabong Tahun 2026 yang berlangsung di Rumah Mujah, Lubok Nibong, Saratok kelmarin. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Kebajikan dan keselamatan penduduk luar bandar terus menjadi keutamaan kerajaan menerusi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan infrastruktur yang berimpak tinggi.

Terbaru, kawasan Lubok Nibong kini menikmati wajah baharu hasil komitmen berterusan dalam menaik taraf kemudahan asas demi keselesaan masyarakat setempat.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, pelbagai usaha telah dan sedang dirancakkan bagi memastikan kawasan DUN Kalaka tidak ketinggalan dalam arus kemajuan semasa. Langkah ini termasuklah penyediaan infrastruktur yang lebih selamat dan kondusif untuk komuniti rumah panjang.

​Menurut beliau, antara projek utama yang telah berjaya dilaksanakan di kawasan Lubok Nibong termasuklah projek naik taraf jalan raya. Kemudahan tersebut dijayakan melalui Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

​”Selain rangkaian jalan raya yang lebih baik, kawasan ini turut dilengkapi dengan pemasangan lampu solar di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menerangi kawasan sekitar pada waktu malam,” katanya.

PROGRAM Gerak Rahmah Ngiling Bidai Gawai KRT Daerah Kabong Tahun 2026 di Rumah Mujah menjadi platform mengeratkan perpaduan komuniti sambil mengetengahkan pembangunan infrastruktur yang dinikmati penduduk Lubok Nibong. Foto ADUN Kalaka

Beliau berkata demikian ketika hadir menyempurnakan Program Gerak Rahmah Ngiling Bidai Gawai Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Daerah Kabong Tahun 2026 yang berlangsung di Rumah Mujah, Lubok Nibong, dekat sini kelmarin.

​Bukan itu sahaja, sebuah dewan serbaguna baharu turut dibina di Lubok Nibong bagi memudahkan penduduk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Lebih menarik, sebuah benteng khas turut dibina bagi menghalang ancaman binatang buas seperti buaya daripada menceroboh masuk ke kawasan rumah panjang demi menjamin keselamatan penduduk.

​Dalam pada itu, Mohamad Duri turut menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak penganjur kerana memilih Rumah Mujah sebagai lokasi utama bagi mengadakan program penuh bermakna itu. Program berkenaan dilaksanakan bersempena dengan majlis penutupan sambutan Ngiling Bidai Gawai Dayak bagi tahun ini.

​Program yang meriah tersebut telah dianjurkan bersama oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Betong. Ia berjaya menghimpunkan komuniti setempat dalam suasana yang harmoni dan penuh muhibah.

​Majlis perasmian program tersebut telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Tuai Rumah Mujah, sebelum diteruskan dengan ucapan daripada Thompson Ted yang mewakili Timbalan Pengarah JPNIN Negeri Sarawak, Giri Nyarang.

​Bagi memeriahkan lagi atur cara, Mohamad turut diberi penghormatan untuk menyempurnakan acara ‘Rentas Ranyai’. Acara tradisi berkenaan merupakan simbolik kepada upacara penutupan rasmi bagi perayaan Gawai pada malam tersebut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Najis burung cemari Gelanggang Serbaguna Kampung Melayu Roban
Next: Projek naik taraf stesen minyak PNK tingkat kemudahan bekalan bahan api di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.