Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan ke Pekan Batu Niah dinaiki air, pengguna dinasihatkan berwaspada
  • Utara
  • WILAYAH

Jalan ke Pekan Batu Niah dinaiki air, pengguna dinasihatkan berwaspada

Utusan Sarawak 4 hours ago
HATI-HATI… Keadaan jalan utama menuju ke pekan Batu Niah yang dilanda banjir kilat susulan hujan berterusan sejak 8.00 pagi tadi.

BATU NIAH: Jalan utama menuju ke pekan Batu Niah dilanda banjir kilat susulan hujan berterusan sejak 8.00 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, PBT II Rary Binjie ketika dihubungi memaklumkan bahawa paras air di kawasan berkenaan meningkat sehingga sekitar satu kaki.

Menurut beliau, pihak bomba akan ke lokasi menjalankan pemantauan rapi bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin.

“Kawasan jalan tersebut setiap kali hujan turun pasti akan banjir. Walaupun hujan tidak lebat, keadaan tetap sama,” katanya.

Beliau menambah, punca sebenar banjir kilat belum dikenal pasti, namun dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang kurang baik atau kemungkinan terdapat saluran yang tersumbat.

Sementara itu, di Bekenu turut mengalami hujan lebat sejak awal pagi, namun setakat ini tiada laporan banjir kilat diterima di kawasan tersebut.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: JKR diminta teliti semula penutupan lampu isyarat laluan keluar Meridian
Next: CIDB pertingkat pemantauan pembinaan demi keselamatan dan pematuhan akta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.