Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Jalan empat lorong dua hala Seksyen Sibu dibuka hari ini
  • WILAYAH

Jalan empat lorong dua hala Seksyen Sibu dibuka hari ini

Utusan Sarawak 2 years ago
Lampiran pembukaan jalan empat lorong dua hala di Seksyen Sibu WPC07 Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak hari ini.

SIBU: Laluan empat lorong dua hala Seksyen Sibu WPC07 Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak telah dibuka kepada pengguna.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, ia telah dibuka mulai hari ini.

Pembukaan laluan itu melibatkan lokasi CH18+800 hingga CH22+500 iaitu Jalan dari Jambatan Sebintik Batu 40 ke Jambatan Pasai Siong Kanan Jalan Sibu – Bintulu.

Justeru, JKR Sarawak menasihatkan orang ramai yang menggunakan laluan tersebut mematuhi segala pengurusan trafik selain berhati-hati ketika memandu di kawasan terlibat terutama sekali ketika tempoh pembukaan jalan berlangsung..

Turut dimaklumkan dalam kenyataan, kerja-kerja pembinaan fasa akhir masih dijalankan.

Oleh itu, para pengguna jalan raya yang menggunakan laluan itu juga dinasihati untuk lebih peka, memberi kerjasama sepenuhnya ketika melalui kawasan itu pada masa sama merancang perjalanan di kawasan-kawasan yang terlibat.

Sehubungan itu, pihak kontraktor akan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja ini.

Sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik boleh terus hubungi Cawangan LPB Sarawak, JKR Sarawak di talian 082-203199 atau pihak bertanggungjawab WPC07 di talian 013-8183226 atau 014-8891360.

Continue Reading

Previous: APM perjuang 15 minit bantu warga emas pengsan ke hospital
Next: Penjaja, suri rumah digalak carum SKSSR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.