Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Jagung rebus cawan kekal RM2 sejak 24 tahun
  • NASIONAL

Jagung rebus cawan kekal RM2 sejak 24 tahun

Utusan Sarawak 8 months ago
BERTAHAN 24 TAHUN… Meskipun ramai peniaga terpaksa menaikkan harga jualan berikutan kenaikan harga bahan mentah, namun seorang peniaga jagung masih kekal menjual secawan jagung rebus dengan harga RM2. FotoBERNAMA

KLUANG: Peniaga jagung rebus Hasrin Masnawi, 55, kekal menjual kudapan yang dihidangkan bersama mentega dan susu pekat pada harga RM2 secawan, sama seperti ketika beliau mula berniaga 24 tahun lalu.

Menurut Hasrin, harga tersebut membolehkan beliau menjual sekitar 600 cawan kudapan itu setiap hari, sekali gus memperoleh keuntungan yang memadai untuk menambah pendapatan bulanan bagi menyara lima orang anak.

“Walaupun keuntungan tidak begitu besar, saya gembira kerana lebih ramai dapat menikmati jagung rebus ini dan menjadi pelanggan tetap. Selain itu, saya menganggapnya sebagai satu cara untuk bersedekah,” katanya ketika ditemui di gerainya di Jalan Dato Tan Seng Leong di sini, hari ini.

HASRIN Masnawi, 55, berkata walaupun mengekalkan harga murah itu sejak beliau mula berniaga di hadapan sebuah bangunan kedai Jalan Dato Tan Seng Leong, di sini, beliau masih mampu, ada kalanya menjana jualan harian sehingga RM1,000 sehari.

Hasrin berkata persiapan membuka gerai bermula pada 6.30 petang setiap hari, kerana beliau mempunyai pekerjaan tetap pada sebelah pagi, dengan bekalan barangan diperoleh dari pasar raya berhampiran.

Sebelum ini, beliau selesa mengendalikan gerainya sendiri, namun sejak beberapa hari kebelakangan ini, Hasrin telah menggaji seorang pembantu kerana tidak menang tangan melayan pelanggan yang semakin bertambah, terutama berikutan berlangsungnya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Sementara itu, anak jati Kluang, Nor Azhani Mohamad Yusof, 35, berkata selain harga, rasa dan kuantiti jagung rebus tersebut kekal sama seperti kali pertama beliau membelinya sejak awal gerai itu dibuka.

“Jagung rebus dalam cawan ini menjadi hidangan wajib setiap kali saya pulang ke sini. Bukan sahaja saya, malah seisi keluarga turut menggemarinya. Walaupun pernah mencuba jagung rebus di tempat lain, pengalaman menikmati jagung rebus di sini memang berbeza,” katanya yang kini menetap di Jerantut, Pahang.

JAGUNG cawan RM2.00

Seorang lagi pelanggan Sadik Sani, 31, yang bekerja di Kuala Lumpur berkata gerai jagung tersebut akan dikunjungi jika ke Kluang, bagi menghilangkan kerinduan terhadap rasa jagung yang cukup masin, manis dan berlemak itu.

“Jagung rebus dalam cawan ini paling enak dinikmati ketika masih panas. Abang Hasrin juga cekap. Walaupun ramai pelanggan, kami tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan pesanan, meskipun dia bekerja tanpa pembantu,” katanya. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: PPS penuh, keluarga Aminah berkhemah atas ban sungai
Next: (Kemaskini) Rombongan 68 penjawat awam ke Berlin, Jerman hadiri pameran kecil, diarah batal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.