Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Isu liputan telekomunikasi Lawas semakin serius, tindakan segera diperlukan
  • Utara
  • WILAYAH

Isu liputan telekomunikasi Lawas semakin serius, tindakan segera diperlukan

Utusan Sarawak 5 days ago
LIPUTAN LEMAH… Awang Tengah turut membawa suara rakyat Lawas agar isu liputan perkhidmatan telekomunikasi lemah di Lawas dapat diatasi segera pada sesi Dialog Pembangunan Telekomunikasi dan Multimedia Sarawak di Lawas semalam. Foto Adeng Edrus

LAWAS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menggesa semua pihak bertanggungjawab dalam isu telekomunikasi dapat menyelesaikan segera masalah yang timbul.

Ini melibatkan liputan telekomunikasi yang tidak stabil khusus di Lawas dan perkara ini semakin serius hingga menyukarkan rakyat di Lawas.

Beliau turut mengambil maklum rungutan rakyat di Lawas dan mahu tindakan sewajarnya dilakukan bagi membolehkan mereka menikmati liputan telekomunikasi yang baik untuk manfaat penduduk.

Sementara itu, pembinaan menara telekomunikasi di Sarawak harus dibina di lokasi selamat untuk orang awam.

“Ada juga isu yang mengatakan jika menara telekomunikasi ini terlalu dekat dengan rumah akan menghasilkan radiasi yang menjejaskan kesihatan. Rakyat mengharapkan liputan serta kepantasan perkhidmatan internet yang baik. Namun, mereka juga merasakan menara telekomunikasi tidak sepatutnya dibina di lokasi ini.

“Sedangkan pihak kerajaan telah mengambil kira semua faktor, termasuk sama ada ia mendatangkan bahaya atau tidak. Semua aspek ini diambil kira kerana kita tidak mahu hanya menyediakan kemudahan seperti ini tetapi pada masa sama menjejaskan kesihatan rakyat. Kita akan teliti segala perkara sebelum membuat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Dialog Pembangunan Telekomunikasi dan Multimedia Sarawak di Lawas semalam.

TINGKAT KERJASAMA… Awang Tengah menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Multimedia Authority (SMA) diwakili Dato Dr Anderson Tiong Ing Heng bersama Agensi Nuklear Malaysia, semalam. Foto Adeng Edrus

Jelasnya, pelbagai faktor telah dipertimbangkan sebelum pembinaan menara dilakukan dan orang awam tidak perlu bimbang mengenai sebarang isu yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

Sarawak kini dalam usaha untuk membina lebih 7,000 menara telekomunikasi di seluruh negeri untuk meningkatkan liputan telekomunikasi dan kualiti capaian internet.

Pada majlis sama, beliau turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sarawak Multimedia Authority (SMA) bersama Agensi Nuklear Malaysia.

Usaha tersebut bertujuan memastikan pembangunan teknologi digital khusus pembinaan telekomunikasi di Sarawak menepati piawaian nasional dan selamat.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Remaja 15 tahun dilapor hilang di Saratok, polis mohon bantuan orang ramai
Next: RM53,580 geran khas MRP disalur kepada JKKK di DUN Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.