RM53,580 geran khas MRP disalur kepada JKKK di DUN Meradong

Facebook
WhatsApp
TERIMA KASIH…ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan geran khas MRP kepada penerima semalam. Foto Pusat Khidmat Wakil Rakyat Meradong

BINTANGOR: Geran khas Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah keseluruhan RM53,580 telah diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing kepada 17 orang penerima, semalam. 

Koung Hiing berkata, penerima MRP adalah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan DUN Meradong. 

“Pemberian geran khas MRP ini adalah satu bentuk sokongan kerajaan Sarawak kepada kepimpinan di peringkat akar umbi. 

“JKKK memainkan peranan yang sangat penting sebagai penghubung antara kerajaan dengan masyarakat, khususnya dalam menjaga kebajikan penduduk, merancang pembangunan setempat serta memelihara keharmonian rumah panjang masing-masing,” katanya kepada media selepas menyerahkan geran khas MRP di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Meradong. 

TERIMA KASIH…ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyerahkan geran khas MRP kepada penerima semalam. Foto Pusat Khidmat Wakil Rakyat Meradong

Tambahnya, geran khas MRP tersebut walaupun jumlahnya tidak begitu besar, namun diharapkan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk tujuan pentadbiran, program sosial, kegiatan kebudayaan dan apa juga aktiviti yang memberi faedah kepada seluruh warga rumah panjang.

“Saya berharap JKKK yang menerima geran MRP ini akan menggunakan dana tersebut secara telus, berhemah dan memberi manfaat kepada semua penduduk. 

“Bersama memastikan setiap sumbangan yang disalurkan akan mengutamakan pembangunan masyarakat dan memperkukuh perpaduan di rumah panjang,” katanya. 

Beliau turut menggesa agar semua JKKK terus bersatu padu, menjaga keharmonian dan bekerjasama dengan kerajaan dalam merealisasikan agenda pembangunan di kawasan rumah panjang. 

Oleh Earl Anek