Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Isu belia dalam TVET, kesesakan hospital kerajaan dibangkit di Dewan Rakyat hari ini
  • NASIONAL

Isu belia dalam TVET, kesesakan hospital kerajaan dibangkit di Dewan Rakyat hari ini

Utusan Sarawak 2 years ago

Soalan itu dibangkitkan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) kepada Menteri Kewangan pada sesi soal jawab.

KUALA LUMPUR: Isu keterlibatan belia dalam program Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), reformasi sistem dan institusi negara serta kesesakan hospital kerajaan antara dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, perkara berkenaan akan dijawab Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sejurus mesyuarat Dewan Rakyat bermula 10.00 pagi.

Pada sesi berkenaan, Young Syefura Othman (PH-Bentong) bertanyakan Perdana Menteri mengenai usaha kerajaan dalam meningkatkan keberkesanan TVET, sementara Datuk Seri Saifuddin Abdullah (PN-Indera Mahkota) mahu tahu sama ada kerajaan bercadang melakukan proses perundingan yang inklusif bagi melaksanakan agenda reformasi sistem dan institusi negara.

Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) pula bertanyakan mengenai langkah kerajaan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan negara ekoran kesesakan yang berlaku di hospital kerajaan ketika ini.

Turut menjadi tumpuan adalah persoalan sama ada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan diperkenalkan semula atau tidak.

Soalan itu dibangkitkan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) kepada Menteri Kewangan pada sesi soal jawab.

Selesai sesi soal jawab, Dewan Rakyat akan menyambung semula sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar bagi hari kedua. – Bernama

Continue Reading

Previous: Menu Rahmah: Ahli Parlimen Kapar mohon maaf
Next: Kerajaan Perpaduan komited realisasikan MA63 – Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.