Ismail Sabri masuk IJN, prosiding pendakwaan ditangguh ke 27 Ogos

Facebook
WhatsApp
BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan ke 27 Ogos.

KUALA LUMPUR: Prosiding pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sepatutnya berlangsung hari ini ditangguhkan ke 27 Ogos selepas beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah kesihatan.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini Suzana Hussin menangguhkan pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan ke tarikh berkenaan selepas peguam Datuk Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ismail Sabri memohon penangguhan berikutan anak guamnya berada di IJN.

Amer Hamzah berkata anak guamnya mengalami masalah kesihatan semalam ketika dirakam keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dibawa ke IJN.

Berita penuh menyusul…