Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Iran pulang selepas tersingkir daripada Piala Dunia
  • SUKAN

Iran pulang selepas tersingkir daripada Piala Dunia

Utusan Sarawak 5 hours ago
BARISAN pemain Iran bergambar sebelum perlawanan Kumpulan G Piala Dunia FIFA 2026. Foto AFP

TIJUANA, Mexico: Skuad Iran akan pulang ke tanah air selepas tersingkir dengan penuh kekecewaan daripada saingan Piala Dunia 2026 sebaik tamat peringkat kumpulan.

Menurut pegawai media pasukan, skuad Iran dijadual berlepas dari bandar Tijuana, Mexico, yang menjadi pangkalan mereka sepanjang kejohanan, pada 6.00 petang esok (waktu Malaysia).

Iran menamatkan saingan di tempat ketiga Kumpulan G dengan mengumpul tiga mata hasil keputusan seri menentang New Zealand, Belgium dan Mesir.

Bagaimanapun, pencapaian itu tidak mencukupi untuk membawa mereka ke pusingan 32 sebagai salah satu daripada lapan pasukan tempat ketiga terbaik apabila tersingkir berdasarkan perbezaan dua gol.

Kempen Iran turut dibayangi konflik perang yang sedang berterusan melibatkan negara itu dengan Amerika Syarikat dan Israel.

Pasukan itu terpaksa memindahkan kem latihan Piala Dunia mereka dari Tucson, Arizona ke Tijuana selepas visa Amerika Syarikat bagi 12 anggota rombongan mereka ditolak.

Iran tetap mengharungi semua perlawanan di Amerika Syarikat, namun melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sekatan perjalanan yang dikenakan oleh pihak berkuasa negara itu.

Antara sekatan tersebut ialah mereka tidak dibenarkan memasuki Amerika Syarikat dua hari lebih awal sebelum sesuatu perlawanan.

Kelonggaran itu hanya diberikan menjelang perlawanan terakhir menentang Mesir, namun mereka tetap diarahkan kembali ke Mexico sejurus tamat perlawanan.

“Piala Dunia ini adalah satu bencana. Benar-benar bencana.

“Siapa yang bertanggungjawab? FIFA. Mereka sepatutnya menyelesaikan semua masalah di sini, tetapi malangnya mereka gagal berbuat demikian sejak awal lagi,” kata kapten Iran, Mehdi Taremi, selepas keputusan seri menentang Mesir. – AFP

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Jerman perlu menang untuk menutup mulut pengkritik – Nagelsmann
Next: Pertandingan pickleball pupuk bakat, semangat kesukanan dan gaya hidup sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.