KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian menurun kepada 498 daripada 521 pada 2.00 petang tadi, namun masih dikategorikan sebagai sangat merbahaya setakat 8.00 malam ini.
Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, tiga lagi kawasan merekodkan bacaan pada tahap merbahaya iaitu Tebedu (360), Lundu (314) dan Kuching (298).
Sementara itu, Samarahan (286), Sri Aman (245) dan Kanowit (209) berada pada tahap sangat tidak sihat.
Sebanyak sembilan kawasan pula merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat iaitu Sibu dan Sarikei masing-masing 183, Betong (188), Mukah (179), Bintulu (168), Samalaju (163), ILP Miri (160), Miri (154) dan Lawas (138).
Kapit (93), Limbang (96) dan Bario (78) masing-masing berada pada tahap sederhana, manakala Lubok Antu tidak mempunyai data terkini




