Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Lawas adakan latihan menembak tahunan selama dua hari
  • Utara
  • WILAYAH

IPD Lawas adakan latihan menembak tahunan selama dua hari

Utusan Sarawak 2 hours ago
LATIHAN MENEMBAK...IPD Lawas pada sesi latihan menembak tahunan yang turut dihadiri DSP Liong Tindan.  

LAWAS: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Tembak Tahunan Peringkat IPD Lawas 2026 selama dua hari bermula 12 hingga 13 Mei lalu di Lapang Sasar Sementara, Kuari Sekaban Merapok.

Latihan tersebut dijalankan bermula 8.30 pagi hingga 2.00 petang berdasarkan Perintah Gerakan Ketua Polis Daerah Lawas Bilangan 40/2026.

Program berkenaan melibatkan seramai 80 peserta terdiri daripada lapan pegawai kanan polis dan 72 pegawai rendah polis.

LATIHAN MENEMBAK...IPD Lawas pada sesi latihan menembak tahunan yang turut dihadiri DSP Liong Tindan.  

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, sepanjang latihan itu, peserta menggunakan beberapa jenis senjata api iaitu Rifle M16 A1, LMG HK11 A1 dan Shotgun Remington Mod 1100.

Menurut beliau, acara menembak yang dijalankan merangkumi latihan tembak berkumpulan, meniarap, melutut, tembak bermasa serta tembak cepat menggunakan Rifle M16 A1 selain latihan tembak rasa bagi LMG HK11 A1 dan Shotgun Remington.

Katanya, latihan tersebut diadakan bagi menguji keupayaan mental dan fizikal warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) secara taktikal dalam pengendalian senjata api ketika kecemasan.

Selain itu, latihan berkenaan turut bertujuan meningkatkan keyakinan diri dan disiplin semasa pengendalian senjata api, memupuk semangat setia kawan serta kerjasama berpasukan selain memastikan senjata api sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada setiap masa.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peniaga diingat patuhi pengisytiharaan 90 hari
Next: Program KEMAS Marudi tingkat kemahiran, keusahawanan wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.