Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Bau anjur taklimat pengurusan harta pusaka dan kepentingan hibah
  • Selatan
  • WILAYAH

IPD Bau anjur taklimat pengurusan harta pusaka dan kepentingan hibah

Utusan Sarawak 7 hours ago
SERAMAI 22 peserta menghadiri sesi tersebut yang terdiri daripada anggota polis dan kakitangan awam.

BAU: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau telah menganjurkan taklimat mengenai pengurusan harta pusaka dan kepentingan hibah, hari ini. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pengurusan kewangan serta perancangan jangka panjang dalam kalangan kakitangan awam dan anggota polis.

Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman berkata program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi di Bilik Rekreasi IPD Bau itu memberi pendedahan mengenai pengurusan kewangan dan aset secara terancang serta kepentingannya.

“Taklimat ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai perancangan kewangan yang teratur, termasuk pengurusan simpanan, aset serta peranan hibah sebagai instrumen penting dalam perancangan harta,” katanya.

Beliau menambah, sesi tersebut turut menekankan kepentingan perancangan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan kepada waris serta memastikan pembahagian harta dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur pada masa hadapan.

Program berkenaan diselaraskan oleh ASP Sylvarius Gopog dan menampilkan penceramah Amiruul Aiman Nin Norazmi, Wan Mohd Rizuan Ean Azman dan Ahmad Amirus Syaffiq Zulkipli, dengan bantuan pasukan sokongan.

Seramai 22 peserta menghadiri sesi tersebut yang terdiri daripada anggota polis dan kakitangan awam.

Supt Mohd Haide berkata inisiatif seperti ini mencerminkan komitmen pasukan polis bukan sahaja terhadap tugas profesional, malah terhadap kesejahteraan diri dan keselamatan kewangan pegawai serta kakitangannya.

Oleh Connie Chieng

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Serah terima tugas BIPS IPD Lubok Antu, Jemat Jineh bersara selepas 41 tahun berkhidmat
Next: 20 belia Saberkas Lawas sertai jelajah dan kejohanan futsal di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.