Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • InvestKL, CCB lancar platform sehenti B2B global
  • BISNES

InvestKL, CCB lancar platform sehenti B2B global

Utusan Sarawak 5 years ago
PLATFORM SEHENTI B2B GLOBAL… Platform ‘CCB Match Plus’ juga membolehkan InvestKL memanfaatkan rangkaian mapan bank, khususnya syarikat China yang meninjau untuk memperluas operasi mereka di ASEAN. • Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: InvestKL Corporation dan China Construction Bank (Malaysia) Bhd (CCB) melancarkan ‘CCB Match Plus’, platform perkhidmatan pemadanan pintar sehenti perniagaan-kepada-perniagaan (B2B) global.

Menerusi kaedah memanfaatkan data raya, platfrom itu akan membolehkan perusahaan memperoleh sumber untuk kewangan, projek, pembekal serta senarai produk dan perkhidmatan daripada peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Muhammad Azmi Zulkifli berkata, platform ‘CCB Match Plus’ juga membolehkan InvestKL memanfaatkan rangkaian mapan bank, khususnya syarikat China yang meninjau untuk memperluas operasi mereka di ASEAN.

“Kami gembira menjadi agensi kerajaan pertama yang dipelawa bekerjasama dengan CCB dalam pelancaran platform pemadanan pintar B2B ini. Ia akan memberi peluang kepada kami untuk mewujudkan jalinan berpotensi dengan syarikat China, terutama yang beroperasi berlandaskan inisiatif digital dan Industri 4.0,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif CCB, Felix Feng Qi berkata, landskap perbankan global sedang berubah dan teknologi menjadikan perkhidmatan kewangan mampu diakses oleh semua.

“Pelancaran ‘CCB Match Plus’ adalah sejajar dengan aspirasi kami untuk menyampaikan perkhidmatan melangkaui perbankan kepada pengguna, perniagaan dan kerajaan,” katanya.

CCB Corp akan berperanan sebagai penyedia perkhidmatan pihak ketiga, menghubungkan saluran dalam talian dan luar talian, pasaran domestik dan luar negara serta sistem dalaman dan luaran.

Platform itu menyediakan penyelesaian pemadanan pintar untuk pihak yang mempunyai keperluan rentas sempadan.- Bernama

Continue Reading

Previous: NI teruskan pelan pembesaran kilang di Pulau Pinang
Next: Nanas berpotensi jana pendapatan peladang di Pusa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.