Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Interpol padam notis amaran terhadap aktivis antipenangkapan ikan paus, Paul Watson
  • GLOBAL

Interpol padam notis amaran terhadap aktivis antipenangkapan ikan paus, Paul Watson

Utusan Sarawak 2 days ago
GAMBAR fail menunjukkan aktivis anti-penangkapan ikan paus Paul Watson tiba untuk perbicaraan di mahkamah di Nuuk, Greenland, pada 2 Oktober 2024. Foto AFP

PARIS: Aktivis terkenal antipenangkapan ikan paus, Paul Watson, kini tidak lagi dikehendaki oleh Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) selepas ‘notis merah’ terhadapnya dipadamkan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut jurucakap organisasi berpangkalan di Perancis itu semalam, notis yang dikeluarkan atas permintaan Jepun telah dipadamkan.

Keputusan itu dibuat oleh suruhanjaya kawalan dalaman berikutan keputusan Denmark untuk tidak mengekstradisi Watson ke Jepun.

Notis merah membolehkan sesebuah negara meminta agar seseorang dikenal pasti dan ditahan sementara.

Ia bukan waran tangkap antarabangsa. Interpol menyelaras kerjasama rentas sempadan, namun setiap negara mempunyai kuasa untuk menentukan tindakan masing-masing.

Menurut peguam Watson, William Julie, suruhanjaya itu menganggap buruan terhadap aktivis pemuliharaan itu sebagai tidak seimbang, antara lain kerana kes itu sudah terlalu lama dan tiada jenayah serius yang didakwa dilakukan.

Watson diburu pihak berkuasa Jepun ekoran insiden merosakkan sebuah kapal penangkap paus di Antartika pada 2010 dan selain dakwaan menghalang aktiviti penangkapan paus. Watson menafikan sebarang kesalahan.

Pada Julai tahun lalu, warga Kanada-Amerika itu ditahan di Greenland. Namun begitu, Denmark kemudiannya membebaskannya dan memutuskan untuk tidak mengekstradisinya ke Jepun.

Watson yang kini berusia 74 tahun adalah seorang anggota terawal Greenpeace dan kemudiannya mengasaskan Sea Shepherd Conservation Society, sebuah organisasi yang menggunakan pendekatan lebih konfrontasi dalam usaha melindungi mamalia laut.

Sesetengah aktivis alam sekitar menganggap beliau sebagai wira, manakala yang lain menganggapnya terlalu radikal. Tindakannya mencetuskan ketegangan dengan beberapa negara pemburu ikan paus, terutamanya Jepun. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tompok panas di Sumatera meningkat daripada 94 kepada 1,000
Next: Kanada: 3 pelombong terperangkap bawah tanah selepas kemalangan di British Columbia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.