Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Institut Memandu Hisafe mula beroperasi
  • NASIONAL

Institut Memandu Hisafe mula beroperasi

Utusan Sarawak 5 years ago
PASTIKAN KENDERAAN SELAMAT… Seorang guru pelatih memberitahu tentang keselamatan kenderaan kepada pelajar sebelum sesi latihan memandu kereta.

BEKENU : Institut Memandu Hisafe Sdn Bhd di sini telah mulakan operasi latihan memandu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pada arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKB).

Pengurusnya, Jeremy Wong ketika ditemui di pusat hatihan memandu di KM5 di Jalan Persisiran Pantai Bekenu Miri semalam berkata, latihan memandu di sini hanya terhad untuk enam jam sehari.

Katanya, pusat ini telah beoperasi semula pada 1 Jun lepas dan waktu operasi ialah dari jam 9 pagi hingga 3 petang.

“Setiap guru pelatih dan pelatih sebelum sesi latihan memandu mereka terpaksa melalui pemeriksaan kesihatan dan diambil bacaan suhu badan serta pendaftaran nama.

“Mereka juga diwajibkan memakai penutup mulut dan hidung selepas dan semasa berada di pusat latihan,” jelasnya.

Tambahnya, setiap kenderaan yang digunakan untuk latihan memandu di sini akan disembur bersih sebelum dan selepas digunakan.

“Selain itu, jika ada pendaftaran pemandu baharu dan kelas, pusat ini hanya menerima 20 pelatih baharu sahaja buat tempoh PKPB ini.

“Sebelum PKP, kita dapat menerima seramai 50 pelatih dalam satu kelas,” katanya.

Continue Reading

Previous: Sambutan Hari Gawai Ulu Sibuti sunyi
Next: Agong kurnia watikah pelantikan TYT Melaka ketujuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.